Sembang234

Di situ Ammar Di sini Ammar..Semua Tentang Ammar

|

Salam semua..sekarang pelajar2 mesir tak kira azhari atau medic..sume dikejutkan dgn peristiwa yang menimpa saudara2 dari plajar medic,,dan di antara mereka ad yang meninggal dunia.Suadara Ammar..dalam blog2 yang saya baca..sume terkejut akan kjadian yang mnimpa Saudara amar..walaupun penulis ni tidak mengenalinya beliau..dan mungkin ramai lagi yang xmngenali beliau..tapi kuasa Allah, setelah kejadian tu..ramai yang mngenali beliau dan kagum akan keperibadian beliau..sungguh terharu jika menghayati luahan hati sehabat dan teman yang rapat dgn beliau. Pada malam kajadian tu, saya dan teman2 tgh berbincang sal pelajaran. tiba2 ad ym dari sahabat kaherah yang mnyatakan kejadian tersebut...tekejut kami. dengan lembut lidah kami mngucapkan istighfar dan ucapan innalillah. sepanjang malam tu saya dan teman setia menunggu berita dari ym..saya rs berita tentang beliau tu bgitu pantas tesebar, yela..ni hal hidup mati..mesti cepat.


antara brita2 dri blog lain..

1-"Serentak itu dengan peristiwa kehilangan seorang sahabat,saya dikhabarkan dengan berita gembira kelahiran baru. Ustazah Syakirah,mantan S/U KPKM telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan comel. Mabruk diucapkan.Moga lahirnya bayi ini di dunia mampu menyambung perjuangan yang allahyarham tinggalkan. Suhanallah!Kuasa Allah memang hebat! Setiap kematian adanya kelahiran dan setiap kelahiran adanya kematian yang berlaku pada waktu yang sama. Mungkin ianya suatu kebetulan tetapi Allah tahu apa yang direncanakanNya. Besarnya hikmah di sebalik titik kelahiran dan juga kematian. Sekali lagi saya tersentuh. Memikirkan kebesaran Allah dan hebatnya segala perancanganNya yang tersirat hikmah yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh kemampuan fikiran seorang manusia..

2-Pagi 11 Jun 2009, telinga saya disapa dengan berita pemergiannya oleh Saudara Afdholul Rahman. Saya terkejut dan lidah ini kelu. Bersama saya ketika itu juga Saudara Hafiz Zainal, sahabat karib Ammar Zul. Hafiz berkata : ” Patut lah Ammar beriya-iya nak bercakap dengan semua orang semasa hari keluarga tempohari.” Minggu lepas ada satu program keluarga, Ammar menelefon Hafiz dari Mesir. Ketika itu, Ammar hajat untuk bercakap dengan semua sahabat-sahabatnya. Hari itu, Ammar sangat ceria dan gembira. Hajatnya untuk berbual dan bermesra dengan semua sahabat-sahabat yang ada, tertunai. Hati saya sebak mendengar kisah itu.

sahabat2 byk brita tnttang beliau n sahabat yang rapat ngn beliau..arap2 dpt bersapar.dan hadiahkan al-fatihah buat beliau dan doakan shbt2 beliau agar cepat sembuh.

ingin tau lagi luahan hati sahabat2 rakan2 ammar layari
http://komuniti.perubatan.org/


0 Respon Anda: