- Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
- Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
- Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
- Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
- Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
- Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
- Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
- Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
- Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
- Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
- Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
- Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
- Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
- Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
- Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
- Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
SUAMI SOLEH
KAEDAH ISLAM MEMBASMI KEMISKINAN
Kemiskinan merupakan wabak yang terbesar melanda manusia dari dulu hingga sekarang.
1- Memperbetulkan Aqidah berkenaan ekonomi:
Dalam hal ini, usaha untuk membasmi kemiskinan bermula daripada memastikan kesahihan Aqidah berkenaan ekonomi pada diri individu faqir miskin terutamanya dan masyarakat ini merangkumi 3 perkara iaitu:
- kefahaman yang benar tentang qada’ dan qadar dalam masalah kemiskinan.
- Kefahaman yang betul tentang keseimbangan antara pengeluar ekonomi dan keperluan manusia, serta
- Kefahaman yang betul tentang hak pemilikan harta sebenar kepada Allah S.W.T
2- Pengagihan Hasil Ekonomi Mengikut Pengkhususan Yang Betul.
Islam memilih pengkhususan ekonomi yang tersendiri di mana merangkumi 3 jenis pengkhususan iaitu:
- pengkhususan antara sektor awam dan sector swasta
- Pengkhususan antara generasi kini dan generasi akan datang.
- Pengkhususan dalam sector awam.
3- Pengkhususan Ekonomi Terancang Dan Berstrategi.
Pemimpin juga bertanggungjawab menguruskan ekonomi secara terancang dan strategi berdasarkan beberapa kaedah syarak:
- Berdasarkan kepada maslahah
- Mengambil mudharat yang khusus bagi mengelakkan mudharat yang umum.
- Mudharat yang lebih berat dihilangkan dengan mudharat yang lebih ringan.
4- Mengamalkan Ekonomi Berkeutamaan.
Ini dapat dilaksanakan mengikut keutamaan berdasarkan maqasid syariah (objektif syarak) iaitu:
- Maqasid Ad-Doruriyah.
Merangkumi maslahah duniawi dan ukhrawi. Ia terangkum dalam 5 aspek iaitu menjaga agama, jiwa, harta dan akal.
- Maqasid Al-Hajiah.
Keperluan manusia bagi mengelakkan kepayahan dan kesempitan contohnya perhubungan pengangkutan.
- Maqasid Al-Tahsiniah.
Perkara yang mengindahkan kehidupan dan mengelakkan perkara-perkara yang ingin dijauhi oleh akal yang waras.
5- Pengitaran Harta Daripada Golongan Kaya Kepada Golongan Miskin.
- Peringkat wajib: tunaikan nafkah wajib ke atas anggota keluarga dan mengeluarkan zakat bagi peringkat masyarakat.
Peringkat pilihan: bersedekahTerakhir Sya'ban Di Mesir
Hening subuh yang memilukan hatiku...
Hiba terasa menyusuk kalbu..
Bertambah ubat merindu..
Mesir yang Indah suasana berdebu..
Menjadi kenangan di hari rabu..
Walau sekejap memijak bumiMU..
Tanah Anbia dan RasulMu..
Ilmu dicari berbatu-batu..
Mencari barakah tanpa segan silu..
Itulah lumrah itulah liku..
Semoga ilmu dipraktik selalu..
jangan malas dan jangan jemu..
Itulah hasil di mesir yang lalu..
........
Salam Ramadhan...








