Sembang234

Ronda2 Di Mesir Episod 1

|
Asslamulaikum...///
Ape Kabar?mg2 chat...Nak cite la ckit..sbb bulan lepas..ade g mlawat ke Piramid..nk mlawat. Dari umah kuar dlm kul 6.00 petang untuk ke Kaherah..sbb mlm tu tdo kt umah Penang..yela esok2 pagi2 lagi kami akan bertolak..dalm kul 7.00 pagi. Tapi dalam perjalanan ke Kaherah tu punya la banyak halangan dan rintangan..ingtkan jalan xsesak..rupe2nya dilua jangkaan..perut pun dh wat pesta...yang duk tbayang dlam kepala ni..restoran mutiara..mklum la...xmkn pe2 lagi...lbh kurang 3jam kami menumpuh rntangan dan halangan..akhirnya smpai gak ke umah penang..pe lagi..isi perut la..Alhamdulillah dah kenyang.....



kawan lak ajak minum syai..smbil tgk bola..tak silap mlm tu game.......ahhh...xingt la..yng pnting piala eropah..dal kul 10 kat2 kul 11 mlm..kami blik..nk tdo..sbb esk pg2 lagi nk bsiap..tp lain lak jd...kami je bgn awal..tp bus plak lambt..arab wat hal..dlm kul 10.00 pg baru nk btolak..mmg nmpak awl..tp kt cni lain..dh nk zhor dh tu..wlw pe pn..duit dh byr..kami ikut je..Alhmdulillah kami sampai ke destinasi dlm kul 11 lbh la..sbgai pengenalan..kt bwh ni ade sdikit..sjarah Piramid..bersambung episod ke 2 (Masjid Amru Bin Ansr)

SEJARAH PIRAMID

khazanah lama Piramid yang terdapat di Gizza adalah merupakan salah satu binaan ajaib di dunia. ia berasal dari perkataan Greek yang bermaksud "Kek Gandum". Piramid atau Ahram ini adalah tempat perkuburan raja-raja dan permaisuri Firaun. Tradisi Firaun dikuburkan di Piramid bermula dari zaman pemerintahan keluarga di raja Firaun ke-3 (kira-kira tahun 2750 S.M) hinggalah keluarga Firaun ke-17 (1600 S.M), diteruskan oleh keluarga Firaun ke-25 yang berasal dari Ethiopia (750-650 S.M) dan pengganti mereka yang memerintah utara Sudan hingga kurun ke-4 Masihi.
Kubur-kubur Firaun dan golongan bangsawannya terdiri dari 2 kawasan utama. Bahagian pertama ialah bilik persemadian mayat ( biasanya berada di hujung perigi ), kawasan ini menempatkan mumia dan harta-harta berharga. Bahagian kedua pula ialah bilik kecil mayat "bersenang-lenang" dengan kehidupannya. Di sini terdapat tulisan hyroglyphics, ukiran pelbagai motif dan lukisan peristiwa-peristiwa bersejarah. Di bilik ini juga pendeta-pendeta agama melakukan upacara ritual keagamaan Mesir kuno.

Antara Piramid yang utama ialah :
1- Piramid Khufu
2- Piramid Khafra
3- Piramid Menkwara

PIRAMID KHUFU

Piramid terbesar ini dibina oleh Firaun Khufu (Cheops atau Suphis) pada tahun 2650 S.M. Untuk membiayai pembinaan piramid ini, Firaun Khufu telah memperdagangkan tubuh puteri-puterinya. Khufu ini juga telah menutup candi-candi dan memperhambakan rakyatnya semata-mata untuk menyiapkan tempat persemadiannya.
Pembinaannya memakan masa hampir suku abad dan terpaksa dihentikan sementara waktu disebabkan banjir besar. Tinggi piramid ini kira-kira 137 meter dan lebar setiap penjurunya ialah 245 meter. Ia mengandungi kira-kira 2.3 juta bongkah batu dan setiap ketul batu beratnya 2.5 hingga 5 tan. Kira-kira 100,000 biji batu telah diangkut dalam setahun, iaitu kira-kira 273 biji batu dalam sehari dari Aswan ( 1000 kilometer dari Kaherah) dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada Papyrus.

PIRAMID KHAFRA

Pembinaan piramid ini diperintahkan oleh Putera Khufu iaitu Firaun Khafra, raja ke-4 dari dinasti Firaun ke-4. Sebagaimana Khufu, Khafra juga adalah seorang Firaun yang takabbur dan kejam terhadap rakyatnya. Piramidnya dibina kira-kira pada tahun 2620 S.M. Ia berukuran 143 meter tinggi dan 215 meter lebar. Piramid ini adalah kedua terbesar selepas Piramid Khufu.


PIRAMID MENKWARA

Piramid ini dibina oleh Putera Khafra, Menkwara ( Mycerinus atau Mykerinos ) kira-kira pada tahun 2600 S.M., Menkwara adalah pemerintah terakhir dinasti Firaun ke-4. Puterinya telah membunuh diri kerana akhlaknya yang buruk. dan Menkwara sendiri mati dalam usia yang muda. Mumianya telah ditempatkan di piramid ini. Piramid ini mempunyai ketinggian kira-kira 66 meter, 40 meter dan 108 meter lebar.Piramid ini adalah paling kecil dibandingkan dengan Piramid Kafra dan Khufu.


SPHINX

Sphinx di Gizza dibina oleh Firaun Khafra kira-kira pada tahun 2480 S.M. Ia mempunyai ketinggian melebihi 70 meter dan merupakan binaan Sphinx yang terbesar dan tertua. Sementara Sphinx berkepala kibas yang mengawal Ma'bad Karnak adalah agak kecil.
Monumen Sphinx di Gizza berbentuk singa dan berkepala manusia yang menyerupai Raja Khafra. Ia melambangkan kekuasaan manusia dan kegagahan persis seekor singa. Masyarakat Qibti beranggapan bahawa ia adalah tangkal di kawasan padang pasir untuk mengelakkan Gizza dari terkambus oleh ribut pasir. Senyumannya hilang dan hidungnya rosak akibat dibom oleh seorang putera pada zaman pertengahan.

MUZIUM RAMSES DI TAHRIR

Muzium ini meyimpan ratusan bahan tinggalan sejarah dari Dinasti Mesir Kuno sehinggalah perhiasan dan singgahsana emas milik raja-raja Firaun. Peninggalan sejarah terpenting yang terdapat di muzium ini dan masih utuh ialah Duplikat Mumia Raja Firaun dan patung berkepala emas "Tut Ankh Amun" yang diabadikan dalam satu ruang khas.



0 Respon Anda: