Sembang234

Fitnah dan ugut kepada Nizar dalam blog

|


BUKIT GANTANG, 31 Mac - Pilihan raya kecil Bukit Gantang kini dicemari dengan fitnah dan ugutan melalui blog-blog dan website-website yang tidak diketahui kepunyaan siapa. Sebelum dan selepas penamaan calon banyak blog baru yang wujud bertujuan mengugut dan memfitnah calon Pakatan Rakyat dan PAS di dalam pilihanraya Bukit Gantang, YAB Hj Nizar Jamaludin.


Semalam Dato' Mustafa Ali meminta para Penyokong Pakatan Rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan. "Permainan blog seperti ini sudah melampaui batas. Saya tidak kata siapa yang melakukannya tetapi apa yang penting perkara ini bukannya datang dari Pakatan Rakyat ataupun penyokong kami" ujar beliau.


Blog-blog ini juga cuba melaga-lagakan para penyokong Pakatan Rakyat memfitnah kononnya penyokong Ustaz Idris kecewa kerana beliau tidak dapat bertanding.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menafikan sekeras-kerasnya kononnya beliau kecewa tidak dipilih mewakili PAS di dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. "Saya sendiri sudah berada berkampung di Bukit Gantang sehinggalah pilihan raya tamat" tegas beliau ketika dihubungi.


Ustaz Idris juga berkata bahawa beliau kini telah turun menemui saudara-mara dan memberikan motivasi kepada petugas-petugas dan pengundi-pengundi untuk memastikan Barisan Nasional hilang deposit.


Blog-blog ini juga menggunakan satu lambang dengan nama "Bloggers Pembela Negara" dan slogan "satu suara, saru arah, satu akidah". Diantara alamat blog-blog tersebut ialah http://perakbangkit.blogspot.com, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, dan lain-lain lagi.


Blog-blog yang tidak diketahui kepunyaan siapa ini juga mengugut Nizar dengan perkataan-perkataan seperti "Kill Nizar!!", "Nizar Penderhaka", Nizar Celaka" dan bermacam-macam lagi dan yang paling teruk sekali, terdapat gambar-gambar lucah dengan tujuan mengutuk dan menghina Hj Nizar.


Selain itu blog-blog ini cuba menggambarkan Nizar sebagai penderhaka Sultan dan Zambry pula sebagai pembela orang melayu. Terdapat gambar yang menunjukkan Zambry bersama-sama dengan sekumpulan orang berbaju seni silat melayu.

Blog Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

|



Blog TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dilancarkan hari ini,

Pada: Khamis, 26 Mac 2009 (29 Rabiulawal 1430 H) 2.30 petang,


Tempat: Centre Atrium KB MALL

sempena: Majlis Pelancaran Wi-Fi Aptus Net & Blog Tok Guru


Disempurnakan oleh:


YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,


Menteri Besar Kelantan.


Laman web Tok Guru:
http://blogtokguru.com/

"Sebelum ini kerajaan negeri pernah memohon lesen radio tetapi kerajaan pusat tak benarkan, jadi kalau ada blog saya boleh sampaikan segala-galanya kepada rakyat," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya akan melangkah masuk ke era siber dengan menulis dan menyampaikan maklumat serta berdakwah melalui blog. Saya akan jadi blogger jugalah".


Ucapan beliau dipetik dari sebuah artikel melalui Harakahdaily.net,
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19956&Itemid=50


Kita PMRAM

|
tingg.....bunyi YM jam 3. ptg lbh..menanda satu mesej sampai..marilah kita hayatii...

“Sementara itu, seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang. Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik. "PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.”

Pesanan buat khianat manusia(UMNO)...sedarlah dirimu...dengan izin Allah semangat pejuang kami di bumi mesir tak akan padam dan tak akan pudar...ini kerana..semangat perjuangan anak-anak PMRAM membara dan semakin membara seperti pejuang Palestin..ingatlah kamu(UMNO dan Nadi UMNO)..jangan cuba padamkan semangat kami..Innallahama3na..Takbir..

Sangat Bermanfaat

|


Kata2 Ust Khairul Nizam Bin Mat Husain :
"Saya suka sangat program ini. Banyak membantu saya dalam mencari fakta-fakta dalam kitab-kitab ilmuan Islam lampau. Mudah untuk mencari hadith beserta huraian para ulama yang mensyarahkan hadith, mudah untuk mencari biografi tokoh-tokoh Islam dan macam-macam lagi. Saya gunakan program ini semenjak 3 tahun yang lepas. Masa itu saya kumpul duit untuk beli program yang semestinya dimiliki oleh setiap mahasiswa pengajian Islam khususnya. Saya beli dulu dalam harga LE 1000 lebih. Walaupun agak tinggi harganya, ianya sangat berpadanan untuk sekitar 1778 buah buku (bukannya 1778 jilid). K Sangat berguna buat kalian dalam kajian-kajian yang bakal kalian hasilkan."

Assalamualaikum....WBt

tersentak hati bila baca posting Ust Khairul..beliau seorang yang alim mampu mengunakannya..sedangkan ana seorang kosong ilmu tak mempunyai alat kemudahan yang penting tu..agak malu rasanya...Insyallah diri yang lemah ini memilikinya..bab kata Usta Khairul "kawan-kawan kena usaha untuk dapatkan duit untuk beli program ini."..Insyallah..wassalam


Zaqaziq, Perak Dipilih BKAN dan DPM Terbaik

|



27 Mac- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai DPM Terbaik dan BKAN Perak sebagai BKAN Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM telah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik.
Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain. Sementara itu, DPM Zagazig juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik Muktamar Sanawi kali ke-76 ini manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.Semoga hubungan erat antara BKAN dan DPM ini terus erat dan kukuh bagi merealisasikan moto PMRAM iaitu 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah'.

sumber www.pmram.org

Uniform Pelajar Perempuan ; Satu Tinjauan

|


Buat sang lelaki kalau disebut gajet elektronik pastinya menarik minat. Tidak pula kepada sang wanita. Apabila disebut gedung kain tekstil seperti syarikat Nagoya sudah tentunya memukau dihati. Namun persoalan di sini mengapa masih lagi ada yang ”bertelanjang”?

Penulis inginkan fokuskan pada etika pemakaian sekolah bagi pelajar perempuan. Rasanya ini bukanlah satu isu yang baru tika mana PKPIM turut menimbulkan isu sedemikian. Jika diamati bayangan tubuh jelas dilihat dari susuk badan seorang pelajar itu. Walaupun ada yang mendesak supaya menukar uniform putih kepada warna yang lain. Ada baiknya jika dikaji secara mendalam.





Namun, itu satu langkah yang begitu drastik. Penulis kira permasalahan sedemikian tidak selesai adalah ketidakpekaan instistusi pendidikan dalam menangani isu ini. Dianggap pakaian yang jarang menampakkan susuk tubuh dilihat satu fenomena yang biasa. Itulah mentaliti yang sukar diubah bila mana pengaruh luar timbul.


Perasan atau tidak gejala gangguan seksual sering terjadi gara-gara si pemakai gemar mempamerkan benda yang menghairahkan. Tidak mustahil lah video 3gp lucah sudah tersebar yang melibatkan pelajar sekolah. Keruntuhan akhlak turut membimbangkan kebanyakkan pihak. Walaupun kebimbangan jelas terpancar, tindakan hanya membisu.


Janganlah salahkan generasi akan datang kalau permasalahan sedemikian tidak dapat diatasi. Pokok pangkalnya, etika pemakaian pelajar sekolah perempuan perlu diperincikan demi menjaga kehormatan dan kemaslahatan bersama.


sumber :http://ikhtiar2u.blogspot.com/2009/03/uniform-pelajar-perempuan-satu-tinjauan.html

Kenangan Festival Zagzig09

|

ASSALAMUALAIKUM..Detik 14 Mac 2009...selesai sudah episod Festival Zagzig untuk tahun ni...konon2 je...dah program x gi..tapi tadi gi la..sbb dah hari terakhir..maaf ye kawan2 sebab xjoin sama..hari terakhir je gi..lagi ad acara y menarik perhatian penulis ni..acara KHAT..hajat di hati nak g Tanta,,tapi..minat yang mendorong supaya terus di Zagzig,,,kepada sahabat2..tahniah atas kejayaan masing..penulis pun menang gak acara KHAT..tapi hadiah ni u teman di kg. Satu hal lg..cam tau2 je Ust Zakuan y ana ni xpandai khat nasakh..ana mengaku..ana memang xpandai khat tu..tapi..ana cube la juga..sebab dah datang..nak meraikan kawan,,bukan kerana hadiah..tapi nak latih minda agar tenang dalam pertanding..ambik pengalaman..tima kasih kepada semua yang puji2 tu..ana malu sebenarnya..sebab xjadi..malu dengan pakar2 khat yang ad tadi..ape2 pun hati ana terhibur dengan gelak ketawa kawan malam td..semoga ana kenal korang...walaupun korang xmengenali ana..tapi ada yang paling seronok...ana dapat jumpa ngn sahabat2 BP PMRAM,,yang lama dah xjumpa..tapi kecian diorang...penat,,dah la datang dari jauh..tggu sampai selesai majlis..kat kul satu pgi..ntah la..tapi tu la pengorbanan yang perlu ada setiap pemimpim..semoga kalian tabah..teruskan perjuangan..apa2 pun,,ana nak tido da,,pening kepala..makan daging kambing byak sgt td..geraam punya pasal..tapi padah yang singgah u menyesal...k..salam ukhuwah untuk sahabat2 yang jenguk2 ana punya Syibkah Intrnet...Wallahua'lam

Peliknya Umat zaman Ini

|

Peliknya umat zmn ini....

Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umat zmn ini..

menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umat zmn ini....

sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk menga mbil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umat zmn ini....

gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umat zmn ini....

sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..

sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umat zmn ini....

setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringk at kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umat zmn ini....

setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umat zmn ini....

setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

...sekadar ingat mengingati...