Sembang234

Uniform Pelajar Perempuan ; Satu Tinjauan

|


Buat sang lelaki kalau disebut gajet elektronik pastinya menarik minat. Tidak pula kepada sang wanita. Apabila disebut gedung kain tekstil seperti syarikat Nagoya sudah tentunya memukau dihati. Namun persoalan di sini mengapa masih lagi ada yang ”bertelanjang”?

Penulis inginkan fokuskan pada etika pemakaian sekolah bagi pelajar perempuan. Rasanya ini bukanlah satu isu yang baru tika mana PKPIM turut menimbulkan isu sedemikian. Jika diamati bayangan tubuh jelas dilihat dari susuk badan seorang pelajar itu. Walaupun ada yang mendesak supaya menukar uniform putih kepada warna yang lain. Ada baiknya jika dikaji secara mendalam.





Namun, itu satu langkah yang begitu drastik. Penulis kira permasalahan sedemikian tidak selesai adalah ketidakpekaan instistusi pendidikan dalam menangani isu ini. Dianggap pakaian yang jarang menampakkan susuk tubuh dilihat satu fenomena yang biasa. Itulah mentaliti yang sukar diubah bila mana pengaruh luar timbul.


Perasan atau tidak gejala gangguan seksual sering terjadi gara-gara si pemakai gemar mempamerkan benda yang menghairahkan. Tidak mustahil lah video 3gp lucah sudah tersebar yang melibatkan pelajar sekolah. Keruntuhan akhlak turut membimbangkan kebanyakkan pihak. Walaupun kebimbangan jelas terpancar, tindakan hanya membisu.


Janganlah salahkan generasi akan datang kalau permasalahan sedemikian tidak dapat diatasi. Pokok pangkalnya, etika pemakaian pelajar sekolah perempuan perlu diperincikan demi menjaga kehormatan dan kemaslahatan bersama.


sumber :http://ikhtiar2u.blogspot.com/2009/03/uniform-pelajar-perempuan-satu-tinjauan.html

0 Respon Anda: