Sembang234

Yahudi Kerana Bola..

|
Assalamualaikum...
akibat bola..sume bgaduh...xpasal2 main kutuk2 smpai tekeluar yahudi...

antara komen2
manbdp
"dah memang menteri besarnya mengajar supaya peganut penganut bertindak ganas...baik dalam politik atau pun dalam sukan dan apa apa saja dalam perhimpunan.....nama tempat aje serambi mekah...tapi penduduknya macam YAHUDI"

MARSYAFUDIN
Aku sbg org kelantan memang malu dgn kejadian ni. Kami di provoke oleh pihak lawan sebenarnya tetapi cara segelintir penyokong respon pada provoke ni amtlah x masuk akal. provoke ni memang biasa dlm bolasepak. Untuk manbdp...jangan campur adukkan sukan dgn politik. Itu lagi lah x masuk akal. Perkataan YAHUDI x sesuai ditujukan pada sesama ISLAM.

gediks990
assalamualaikum...
sudah2 la wei...
korang bukan tau ape yg jd sbenanye masa tuh..
xbaca paper ke....
bukan psl kalah menang pon diorang nak gaduh...
tp, ade bnda laen yg jadi...
sape yg nampak bnda yg sbenanye jadi...
cnfirm akan mengamuk jugak...
tapi sbb nak tutup kes tu...
wat cite la konon2 sbb xpuas hati kes kalah menang....
nak cakap lebih2 kang...
xpasal2 kena saman...
watpe korang nak tanggung dosa nak kutuk2 org kelantan...
sampai terkeluar perkataan YAHUDI??!!!
pikir la sendiri...

Ulasan media:

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) terpaksa melupakan hasrat mengadakan perlawanan yang diiktiraf badan induk kebangsaan di Stadium Sultan Mohamad IV sehingga 31 Disember ini selain terpaksa membayar denda lebih RM100,000.

Dua insiden kekecohan penonton pada perlawanan Liga Super pada 31 Mac dan separuh akhir pertama Piala FA, Selasa lalu, kedua-duanya menentang Negeri Sembilan, memaksa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas terhadap Kafa.

Hukuman berat terhadap Kafa itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin FAM semalam, yang membincangkan insiden penyokong Kelantan merusuh dalam dua perlawanan di stadium berkenaan dalam tempoh tujuh hari yang mana kejadian kedua paling buruk sehingga sebuah kenderaan polis diterbalikkan dan dibakar manakala beberapa kereta turut dirosakkan.

Ini juga adalah kali pertama FAM mengenakan larangan bermain di tempat sendiri ke atas ahli gabungannya sehingga akhir musim.

Bagi dua insiden itu, Kafa didenda RM90,000 selain terpaksa membayar ganti rugi kerosakan bas pasukan Negeri Sembilan yang berjumlah RM19,770 selain kos lain yang membabitkan kemusnahan harta benda.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan tindakan itu terpaksa diambil selepas mengkaji beberapa faktor.

“Ia sudah menjadi lumrah jika keputusan yang diambil mungkin tidak memuaskan hati peminat bola sepak Kelantan, tetapi kami tidak boleh mengambil tindakan yang mampu menggembirakan semua pihak.

“Apa pun kami tidak mahu menghukum peminat yang tidak bersalah dan kerana itu tidak mengarahkan Kafa bermain di stadium kosong walaupun terdapat peruntukan itu dalam peraturan pertandingan.

“Jika Kelantan bermain di stadium yang kosong, ia bererti tiada pendapatan buat Kafa dan FAM juga tidak mahu menghukum peminat yang tidak bersalah daripada menonton aksi pasukan mereka, ” kata Azzuddin.

Jawatankuasa Pertandingan FAM akan menentukan gelanggang baru bagi perlawanan tempat sendiri Kelantan dalam masa terdekat ini, manakala aksi Liga Super pasukan itu dengan Selangor esok akan kekal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, Azzuddin turut mengesahkan penjaga gol Kelantan, Halim Napi akan dipanggil Jawatankuasa Disiplin dalam masa terdekat ini selepas pemain itu didakwa menumbuk dan memijak pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak sebaik wisel penamat perlawanan Selasa lalu.




0 Respon Anda: