Sembang234

ISLAM YANG SYUMUL

|

Bahagian Pertama

Islam Dakwah Yang Syumul – Yusuf Qardhawi Di antara ciri-ciri yang membezakan Islam daripada agama agama, falsafah-falsafah dan ideologi-ideologi yang dikenal oleh manusia ialah ciri ‘asy-Syumul atau kemenyeluruhan dengan segala pembawaan maknanya yang merangkumi dan meliputi segala-galanya. Ia meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan kehidupan manusia. Seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti asy-Syumul’ di dalam risalah Islam itu sebagai berikut “Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat”. Islam risalah semua zaman Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu yang peranannya habis dengan berakhirnya masa itu, sebagaimana keadaan risalah Nabi-nabi yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bahawa setiap Nabi diutus bagi jangka masa yang tertentu. Bila tempoh itu habis, maka Allah s.w.t. mengutus pula Nabi yang lain. Adapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup para Nabi. Oleh itu risalahnya adalah risalah yang abadi yang berkekalan hingga ke hari Qiamat dan meliputi seluruh alam. Risalah ini membawa hidayah yang terakhir kepada umat manusia. Jelaslah bahawa tidak ada syariat selepas Islam, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ragu-ragu lagi bahawa Islam adalah risalah masa depan yang abadi dan risalah masa lalu yang jauh. Sesunggughnya pokok iqtikad dan akhlaknya adalah menjadi risalah bagi tiap-tiap nabi yang diutus dan tiap-tiap kitab yang diturunkan. Maka semua Nabi datang dengan Islam, menyeru Tauhid dan menjauhi Thaghut.

Islam Dakwah Yang Syumul – Yusuf Qardhawi adalah risalah sejagat yang merangkumi setiap umat, setiap jenis manusia, setiap bangsa dan setiap kelas di dalam masyarakat. Ia bukan risalah bagi satu bangsa yang tertentu, yang mendakwa bahawa bangsanyalah pilihan Tuhan danseluruh manusia mesti tunduk kepadanya. Ia bukan risalah bagi kawasan tertentu sehingga kawasankawasan lain terpaksa mengakuinya supaya ia dapat menarik keuntungan daripadanya. Ia bukan risalah bagi satu kelas terteniu dalam masyarakat supaya ia dapat memerintah kelas-kelas yang lainnya berkhidmat untuk kepentingannya atau mengikut kemahuannya ataupun ia dapat mengexploitasinya, sama ada kelas yang berkuasa itu dan kalangan orang-orang kuat atau orang-orang lemah, dan kalangan pemimpin atau hamba, dan kalangan orang-orang kaya, atau orang-orang miskin ataupun dan kalangan rakyat-jembel. Sesungguhnya Islam adalah risalah untuk mereka seluruhnya, bukan untuk kepentingan satu golongan daripada mereka. Dan tidaklah menjadi hak monopoli satu golongan tertentu untuk memahamkan, menafsirkan serta mendakwahkan Islam seperti yang disalah-fahamkan setengah-setengah orang. Sesungguhnya ia adalah hidayah Tuhan manusia kepada setiap manusia dan rahmat Allah bagi setiap hamba Allah. “Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam.” (surah An Anbiya’: 107) “Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada Mu semua.” (surah Al A’araaf: 158) “Mahasuci Allah yang telah menurunkan Al Furqan kepada hambanya agar dia menjadi peringatan kepada seluruh Alam.” (surah Al Furqan: 1) ‘Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat.” (surah Al An’aam: 90) Setengah orientalis menyangka bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengisytiharkan dan permulaannya bahawa beliau adalah utusan Allah s.w.t. kepada seluruh manusia, tetapi hal itu dilakukannya setelah beliau mendapat kemenangan ke atas kaumnya bangsa Arab. Maka ayat-ayat yang kita sebutkan itu menolak sangkaan mereka. Ini disebabkan kesaiah-fahaman mereka terhadap ayat-ayat Makkiyyah. Ayat-ayat sepertinya banyak di turunkan pada masa-masa permulaan turunnya AlQuran. ISLAM RISALAH MANUSIA SEUTUHNYA Islam adalah risalah manusia seutuhnya, iaitu dipandang dan sudut manusia itu keseluruhannya. Ia bukanlah risalah bagi akal tanpa ruh, bukan bagi ruhani tanpa jasmani, bukan bagi fikiran tanpa perasaan, dan bukan sebaliknya. Ia adalah risalah insan seutuhnya iaitu ruhnya, akalnya, jasmaninya, hail nuraninya, kemahuannya dan perasaannya. Sesungguhnya Islam tidak membahagi manusia kepada dua bahagian sebagaimana yang dilakukan oleh agama-agama lain. Pertama bahagian ruhani yang dikendalikan oleh agama dan diarahkannya ke tempat ibadat. Bahagian ini menjadi hak istemewa golongan agama dan tempat permainan bagi para paderi dan pendeta bagi mengarahkan manusia dan celah-celahnya. Manakala bahagian kedua terdiri daripada benda, yang tidak ada kekuasaan bagi agama dan golongan agama ke atasnya, malah tidak ada lapangan bagi Allah s.w.t. padanya. Bahagian ini menjadi lapangan bagi kehidupan, dunia, politik, masyarakat dan negara. Dan inilah bahagian yang terbesar dan kehidupan manusia. Tetapi, apakah keadaan ini sesuai dengan fitrah dan tabiat manusia mengikut yang diciptakan Allah? Tidak. sekali-kali ridak! Manusia sebagaimana yang diciptakan oleh Allah s.w.t tidak terbahagi dan tidak dapat dipisah-pisahkan. Ia adalah manusia seutuhnya. Suatu keseluruhan yang padu dalam bentuk kepadian yang satu. Tidak dapat dipisah-pisahkan di antara ruh dan benda, di antara benda dan ruh. di antara akal dengan perasaan dan diantara perasaan dengan akal. Ia adalah kesatuan yang padu, yang tidak dapat dibahagi-bahagi di antara jasmani, ruhani, akal fikiran dan hati nurani. Dan itu, tujuannya mestilah satu. Arahnya satu dan jalannya satu. Inilah yang dilakukan oleh Islam, iaitu menjadikan tujuannya Allah dan arahnya Akhirat. Dengan ini manusia tidak berpecah kepada dua arah yang berlainan atau dua kekuasaan yang bertentangan. Yang satu ketimur dan yang satu lagi ke barat. Bagaikan seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa Tuan, tiap-tiap orang memberi perintah yang bertentangan dengan perintah yang lainnya, maka hamba itu menjadi binggung, fikirannya simpang siur, hatinya berantakan, sebagaimana digambarkan oleh Allah di dalam Al-Quran :— “Allah membuat perumpamaan seorang lelaki (hamba yang dimiliki oleh beberapa orang yang bersyarikat/berkongsi yang dalam keadaan berselisih dan seorang hamba yang menjadi milik penuh dan seorang lelaki (saja,). Adakah kedua hamba itu sama halnya.” (surah Az-Zumar: 29)





0 Respon Anda: