Sembang234

ISLAM YANG SYUMUL

|


Bahagian ke 2

Islam Dakwah Yang Syumul – Yusuf Qardhawi ISLAM RISALAH MANUSIA DALAM SETIAP PERINGKAT HIDUPNYA. Bahawa Islam adalah risalah manusia seutuhnya dan juga risalah manusia dalam setiap peringkat hidup dan wujudnya. Inilah gambaran lain dan gambaran kesejagatan Islam. Sesungguhnya ia adalah Hidayah Allah yang menyertai manusia di mana saja ia berada dalam peringkat-peringkat hidupnya. Ia menyertai manusia pada peringkat kanak-kanak, menjelang remaja, pemuda, dewasa dan tua. Pada setiap peringkat ini Islam menggariskari manhaj hidup utama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Oleh itu, tidaklah menghairankan apbila anda mendapati dalam Islam hukum-hakam dan penganjaranpenganjaran yang berkaitan dengan. kanak-kanak sejak ia dilahirkan, seperti menghilangkan kesakitan daripadanya, membacakan azan ditelinganya. memilih nama yang baik baginya, membuat aqiqahnya sebagai tanda bersyukur kepada Allah dan sebagainya. Selanjutnya anda mendapati hukum-hakam yang berkaitan dengan penyusuan anak, lamanya penyusuan, penyapihan dan selesai dan susuan, siapa yang menyusukan, siapa yang wajib memberi nafkah ibu atau upahnya, khasnya ketika berlaku perceraian dan pemisahan ibu kanak-kanak dan bapanya. Berkenaan dengan masalah ini telah diturunkan ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan secara jelas dan terperinci. Firman Allah: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan, Dan kewajiban ayah membeli makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang Ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kemampuannya. Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (‘sebelum dua Tahun) dengan kerelaan keduanya dan pemesyuaratan, maka tidak ada dosa alas keduanya. Dan jika kamu ingin disusu’kan orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan penbayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. Al Baqarah: 233) Selain dan itu kita mendapati hukum-hukum yang berkaitan dengan manusia dan masa kanak-kanak, masa muda dewasa hingga masa tua. Tidak ada satu peringkat dan kehidupan manusia, melainkan Islam memberi pengarahan dan aturan undang-undangnya. Lebih jauh daripada itu, Islam mengurus manusia dan semenjak sebelum ia lahir sampai sesudah ia mati. Tidaklah pelik apabila kita mendapati di dalam Islam hukum-hukum yang berkenaan dengan janin di dalam perut, iaitu dari segi pemeliharaannya dan mengambil berat atas kehidupannya dengan memberi makanan secukupnya. Kerana itu syarat mengharamkan penggugura janin dan mengenakan diyat tertentu atas orang yang menyebabkan gugurnya janin. Juga disyari’atkan bagi perempuan yang sedang hamil berbuka puasa sekiranya ia takut mengganggu kesehatan janin yang di dalamperutnya. Demikian juga beberapa hukum-hukum lain yang berkaitan dengan kandungan. Perempuan mengandung yang diceraikan berhak mendapat nafkah selama ia mengandung. Firman Allah: “Dan jika (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin.” (Q.S. Ath Thalak: 6) Sedemikian juga kita mendapati di dalam Islam hukum-hukum yang berkaitan dengan manusia selepas ia mati seperti kewajiban memandikannya, mengkafaninya, menyembahyangkannya dan menanamnya dengan kaifiat yang tertentu, Sebagaimana disyari’at kan ta’ziah di atas kematian itu, mendoakannya, menunaikan wasiatnya, membayar hutangnya kepada manusia ataupun Allah dan sebagainya seperti yang terkandung di dalam Kitab Jenazah dalam Fekah Islam. ISLAM RISALAH DI DALAM SEGALA LAPANGAN HIDUPNYA. Islam adalah risalah dalam segenap lapangan hidup manusia dan setiap aspek kegiatannya. Tidak ada satu aspek pun dan hidup manusia ini, melainkan Islam telah menetapkan ketentuan ketentuannya. Islam memberi pimpinan dan arahan serta meng adakan peraturan dan undang-undang. Islam mempergunakan method memberi pengajaran yang baik dan memberitahu sanksi terhadap pelanggaran sesuai dengan keadaan dan tempat masing-masing.

Islam Dakwah Yang Syumul – Yusuf Qardhawi Yang penting bahawa Islam tidak membiarkan manusia sendirian tanpa hidayah Allah pada setiap jalan yang ditempuhnya atau mana-mana kegiatan yang dilakukannya, sama ada yang bersifat kebendaan atau keruhanian, perseorangan atau masyarakat, berbentuk fikiran atau amal, bidang ugama atau politik, lapangan ekonomi atau akhlak. Islam sebagaimana kata Almarhum “al Aqqaad” ialah aqidah yang paling penting bagi manusia, sama ada bagi orang perseorangan atau masyarakat. Ia menjadi faktor utama bagi ruhani dan jasmani manusia supaya ia dapat melihat kehidupan dunia dan akhirat, baik di masa damai atau perang, di dalam rangka menunaikan tanggungjawab terhadap diri dan pemerintahnya. Maka bukanlah muslim yang hanya mencari akhirat tanpa dunia, atau mengejar dunia meninggalkan akhirat, atau mengakui ruh tetapi mengengkari jasad, atau mengakui jasad tetapi mengengkari ruh, atau hanya berkawan dengan lslamnya pada satu keadaaimya, sama ada seorang diri atau berada di tengah tengah masyarakat. “Sesungguhnya aqidah di dalam kehidupan pribadi atau masyarakat adalah ciri utama aqidah lslamiyyah, iaitu ciri yang diwahyukan kepada manusia bahawa ianya universal dan sejagat, sehingga ia selamat dari serpihan-serpihan aqidah yang membahagi nanusia ke alas dua bahagian, kemudian gagal untuk menjadikan manusia utuh dan padu.” (Al Islam fil Qarnil ‘isyriin. fasal “Quwwatun Shamidah’ oleh Al Ustaz ‘Abbas Al Aqqaad.) Maksud pujangga besar (Rahimahullah) ini ialah bahawa setengah-setengah agama seperti agama masihi dapat menerima bahawa hidup ini dibahagi dua, iaitu sebahagian untuk agama yang dikendalikan oleh gereja, manakala sebahagian lagi untuk dunia yang dikendalikan oleh negara, seperti yang telah disebutkan. Golongan Masehi mendasarkan pendapat mereka kepada hikayat Injil mereka darihal Al Masih ‘Alaihissalam yang berkata ketika ditanya tentang Kaisar: “Berilah kepada Kaisar hak Kaisar dan kepada Allah hak Allah.” Islam tidak dapat menenima pembahagian ini di atas dua sebab: Bahawa Islam menjadikan alam seluruhnya dan makhluk semuanya milik Allah. Tidak satu zarah pun milik Kaisar. Malah, Kaisar dan segala apa yang ada pada Kaisar adalab milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Gagah. Dalam hubungan ini Al Quran menyatakan: “Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi.” (Q.S. Yunus: 66) Dan firmaNya: “KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada antaranya dan semua yang di bawah tanah.” (Q.S. Thaha: 6) Dan firmaNya: “Dan kepadaNyalah menyerahkan diri segala apa yang ada di langit dan semua yang ada di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa.” (Q.S. Ali lmran: 83) Oleh itu, di dalam ‘aqidah Islam tidak harus bagi seorang muslim tunduk kepada pemerintah Kaisar dengan ikhtiarnya, pada hal ia berkuasa menundukkan Kaisar kepada perintah Allah. Dan tidak harus baginya memberi kepatuhan pada zahirnya kepada Kaisar, sedang batinnya kepada Allah, kerana firman Allah: “Sesungguhnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah.” (Q.S. ar R.a’du: 31) 2. Bahawa kehidupan dengan segenap aspeknya adalah satu kesatuan yang padu, tidak menerima pembahagian dan pemecahan, melainkan di atas kertas dan pemikiran. Adapun pada kenyataannya hidup tidak dapat dibahagibahagikan. Tidak dapat dipisahkan di antara agama dengan negara, di antara ekonomi dengan akhlak, di antara pribadi dengan keluarga dan di antara keluarga dengan masyarakat. Kerana itu maka ideologi-ideologi yang besar berusaha untuk menguasai setiap aspek kehidupan, supaya mudah mereka mengarahkannya mengikut fikrah dan aqidahnya. Sehingga gereja di zaman pertengahan di Eropah tidak mengamalkan ajaran Injil, kerana cuba mengambil tempat Kaisar, atau sekurang-kurangnya berusaha mempengaruhi untuk mendapat mengendalikan politik melaluinya. Berdasarkan kepada inilah maka Islam tidak dapat menerima kalau hanya sekadar ‘aqidah dalam teori sahaja, atau ibadat yang berbentuk keruhanian sahaja, atau pendidikan akhlak semata-mata. Walaupun perkara-perkara ini penting dalam pandangan Islam, namun mestilah ada pagar yang memelihara, iaitu berupa undang-undang dan peraturan-peraturan yang merupakan satu unit yang tidak dapat dipisah-pisahkan daripada risalah Islam.



0 Respon Anda: