Sembang234

Mencari Diri

|

Diri...
Dikala kegelapan
Dikala kejahilan
Dikala kesesatan
Hatta kamu tidak kenali siapa dirimu
MasyaAllah......

Diri...
Meraba-raba mencari jalan
Walaupun merangkak
Walaupun bergelumang dengan kekotoran
Bercampur baur halal haram
Hinggakan darah dalam tubuhmu
Tidak kenal siapa tuannya

Diri...
Kamu tetap mencari
Di manakah hujung jalan
Di manakah akhir noktahnya
Sedarlah wahai diri
Bangkitlah dari kejatuhan
Keluarlah dari kegelapan
Larilah dari kejahilan
Jika kamu ingin tahu dirimu

Diri...
Peganglah khazanah yang ditinggal padamu
Ikutlah dan patuhlah
Jangan kamu lawan atau tentang
Dan menjadi hamba hawa nafsumu
Kerana ia hanya menhancurkanmu
Khazanah itu mampu taarufkan diri kamu
Mampu memauizahkan diri kamu
kerana mempunyai mutiara bernilai
Yang tiada banding harganya

Diri....Ingatlah.. Diri....Ingatlah..
Quran dan Sunnah mampu
Menemui kembali diri
Menerangimu dikala kegelapan
Mengeluarkanmu dikala kejahilan
Dan melepaskanmu dikala kesesatan

Pejuang Pena
Rabu, 3.28 pagi

Rumah Beras Zagazig, Mesir


0 Respon Anda: