Sembang234

Untuk Mu Ibu

|
Assalamualaikum semua...selamat hari ibu buat insan yang bergelar ibu dan bakal menjadi ibu..sesungguh beliau orang yang paling bernilai dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Pahit getir yang dilaluinya tiada siapa yang tahu. Ingat sahabat sekalian Syurga di bawah tapak kaki BELIAU, jadi kita sebagai anak tak kira kecil besar atau tua..taatilah dah hargailah sisa2 hidup beliau dengan kebaikan. Walaupun ia ditujukan untuk hari ibu, tetapi mentaati bapa adalah wajib cuma perbezaannya adalah hari ini dikhususkan untuk

firman Allah SWT dan sabda Baginda SAW tentang berbuat baik kepada ibu bapa kita.

Firman Allah SWT:

وَاعْبُدُوا اللهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئاً وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً ...

Dan sembahlah Allah, dan janganlah menyekutukannya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu (an-Nisa: 32)

وَوَصَّيْنَا الأِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْناً

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya (al-Ankabut: 8)

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيماً وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia 24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu keci (al-Isra': 23-24)

وَوَصَّيْنَا الأِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْك ...

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu (Luqman:14)

Kita lihat pula hadith-hadith tentang ibu bapa:

وعن أَبي عبد الرحمان عبد الله بن مسعود (ر) ، قَالَ : سألت النبي (ص) : أيُّ العَمَلِ أحَبُّ إِلَى اللهِ تَعَالَى ؟ قَالَ : (( الصَّلاةُ عَلَى وَقْتِهَا )) ، قُلْتُ : ثُمَّ أي ؟ قَالَ : (( بِرُّ الوَالِدَيْنِ )) ، قُلْتُ : ثُمَّ أيٌّ ؟ قَالَ : (( الجِهَادُ في سبيلِ الله )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

Dari Abi Abd Rahman Abdullah Bin Mas'ud RA: beliau berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Amal apakah yang lebih disukai Allah? Baginda SAW menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: "Seterusnya apa?" Jawab baginda SAW: "Berbuat baik kepada kedua ibu bapa". Aku berkata lagi: "Seterusnya apa ?" Jawab Baginda SAW: "berjihad di jalan Allah".(Muttafaq 'Alaih) [al-Bukhari:2782, Muslim: 137]

وعنه ، قَالَ: جاء رجل إِلَى رَسُول الله ، فَقَالَ: يَا رَسُول الله ، مَنْ أحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي ؟ قَالَ : (( أُمُّكَ )) قَالَ : ثُمَّ مَنْ ؟ قَالَ : (( أُمُّكَ )) ، قَالَ : ثُمَّ مَنْ ؟ قَالَ : (( أُمُّكَ )) ، قَالَ : ثُمَّ مَنْ ؟ قَالَ : (( أبُوكَ )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

Dari Abu Hurairah RA: Beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan berkata: Ya Rasulullah, siapakah dikalangan manusia yang paling berhak aku layani dengan baik: Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia berkata lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia bertanya lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Tanya dia lahi: Seterusnya siapa? Jawab baginda SAW: Ayahmu (Muttafaq 'alaih) [al-Bukhari: 5971, Muslim: 2548]

وعنه ، عن النَّبيّ ، قَالَ : (( رغِم أنفُ ، ثُمَّ رَغِمَ أنْفُ ، ثُمَّ رَغِمَ أنْفُ مَنْ أدْرَكَ أبَويهِ عِنْدَ الكِبَرِ ، أَحَدهُما أَوْ كِليهمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الجَنَّةَ )) رواه مسلم

Dari Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda: Celakalah, celakalah, celakalah sesiapa yang mengenali ibu bapanya ketika mereka tua, sama ada salah seorang atau kedua-dua mereka, dan dia tidak masuk syurga (Muslim:2551) * maksudnya celakalah manusia yang sempat hidup dengan ibu bapa mereka atau salah seorang daripada mereka ketika ibu bapa itu tua akan tetapi tidak berbuat baik kepada mereka*

Masih banyak lagi firman Allah dan sabda Baginda SAW tentang perihal kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa. Apakah kita hanya menjadikan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith itu sekadar satu hikayat tanpa mahu mengambil petunjuk daripadanya. Amatlah ruginya kita.

Ada baiknya kita selak kembali bagaimana tingginya martabat ibu bapa hingga ada ayat-ayat al-Quran yang meletakkan arahan berbuat baik kepada ibu bapa selepas pernyataan menyuruh mengesakan Allah. Apakah kita buta? Allah telah meletakkan ketaatan kepada ibu bapa selepas mentauhidkannya, tapi mengapakah kita masih mencari seribu alasan untuk menolak mereka ke tepi. Siapakah kita untuk kufur kepada ayat-ayat Allah SWT. Apakah cinta kepada manusia yang kononnya diikat cinta suci itu terlalu mulia. Jika benar, tunjukka dimanakah ayat al-Quran dan hadith yang meletakkan cinta kepada manusia itu selepas pernyataan mengesakan Allah. Tiada bukan! Maka apakah kita hilang pedoman, terbuai dek cinta yang sebenarnya sedang dimainkan syaitan untuk kita menemaninya di neraka nanti. Sebagaimana nukilan lagu ini yang selalu menyentuh kalbu takkala mendengar dan menghayatinya..


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Exist (Rahim Othman / Megat)

0 Respon Anda: