Sembang234

Mimpi?..$#$^#@^%$

|

Aku mimpi semalam.

Aku tiba di sebuah hospital awal pagi. Terjumpa dengan ketiga-tiga pelanggan yang aku jumpa malam tadi sebelum aku masuk beradu. Tak tersangka mereka bekerja di tempat yang sama dan mengenali satu sama lain.

Aku lepak di kerusi menunggu yang disediakan. Salah seorang pelangganku yang berborak lama denganku semalam datang menghampiriku. Aku tanya macam mana dengan produk semalam? Ada bagus ka tarak bagus. Dia tersenyum lebar sambil tunjuk isyarat tangan bagus.

Bang, boleh ajarkan saya nak ngurat awek kat sini. Aku tersenyum. Fikri, abang dah tua dah, muda-muda dulu bolehlah. Namun aku ceritakan juga setelah didesak. Ko kena ingat jadi seperti misterius yang bergaya. Jangan banyak huhahuha kat pejabat. Be cool dan poyo. Selalu buatkan perempuan wondering….you ni ada something special.

Ohh….banyakkan menonton drama-drama Korea & Jepang. Jangan layan drama Melayu sangat, banyak yang mengarut. Jiwang karat meleleh. Ko bandingkan macam mana jantan-jantan Korea susun ayat cantik je nak tackle awek.

Fikri angguk saja. Dia ajak aku ikut dia dan kedua-dua pelangganku malam tadi yang lain. Sebaik sahaja kami melangkah dari pintu keluar hospital, terus muncul di depanku pemandangan taman di sebuah negara Eropah. Aku rasakan aku di Sheffield atau di Manchester kerana dua tempat itu saja yang aku punyai memori yang kuat tentangnya.

dscf4596.jpg

Bersama-samaku sekarang adalah 4 orang temanku yang aku kenal. Yazu dan Rah, mereka gadis. Serta Ez dan Shaf, lelaki tulen kedua-duanya. Sebenarnya Shaf ini dulunya adalah salah seorang kawan baik aku masa di universiti tapi disebabkan perangai menipu dan suka cakap belakang perkara-perkara yang munafik, telah membisakan aku menhanjingkan dia dan totally reject him. Camner dia boleh sangkut dalam mimpi aku pun tidak aku ngerti.

Hari itu puas la kami bersiar-siar, berjalan-jalan, adventure sikit naik bukit sampai ada yang terjumpa ular orok-orok tengah tidur. Nasib baik kami berjaya selamatkan diri kala sang ular itu terjaga tiba-tiba.

Kami kembali balik tidur di sebuah kem seakan asrama budak-budak PLKN yang kami sewa sehari. Kami berlima tidur sekali ramai-ramai dalam satu bilik. Tika itu aku terperasan rambut Yazu dan Rah. Cute bangat mereka berdua. Namun kami yang jantan ini takde la nak bikin apa-apa yang merbahaya, dasar budak baik….konon.

Yazu dengan rambut panjang paras bahu dan Rah dengan rambut panjang ke pinggang. Aku ingat kalau aku tanya secara life, betul ke rambut dorang panjang camnie, mau kena terajang sama itu boyfriend.

Apu pun tidur dan bermimpi. Jadinya mimpi dalam mimpi la. Tapi apa yang aku mimpi, aku mimpi apa yang sedang aku mimpi…cisss

mysterygirlbwpbase.jpg

Aku terbangun, tengok muka Yazu ni….comel. Hai….kalau dah kahwinkan best. Yazu aku sudah admire sama dia dah setahun setengah dah. Tapi aku ni jenis tak suka keluarkan kata-kata dan poyo sikit. Kalau setakat nak tackle awek, takde masalah nak cakap tapi bila seseorang yang aku minat dan aku nak jadikan isteri, aku memang jadi bodoh la, susah nak luahkan apa yang ada dalam hati….pendam perasaan…cisss.

Aku bangun dan pergi ke dapur tengok sampah dapur dah dibuang, pinggan mangkuk dah dicuci. Tak perasan Ez dah bangun. Bagus betul brader aku sorang ni.

Aku masuk balik dalam bilik. Aku tengok Yazu macam nak bangun tidur. Aku pun terus pura-pura tidur balik. Aku bangun…..tengok aku kat dalam bilik aku…..Ciss…..asal la aku mimpi ni…

Ada sambungan tak…..? Aku berharap malam ni. :roll:




1 Respon Anda:

nEeChAn said...

mimpi ada makna ni.. chewwah...pandai2 ja...